Toyota Granace bakal diperkenal, saingan bagi MPV Toyota yang lain?

208

Dengan panjang 5.3 meter dan lebar 1.97 meter, Toyota Granace yang baru menyediakan kemewahan, keselesaan dan siap sedia untuk membawa penumpangnya ke mana saja.

Granace akan dijual dalam 2 jenis susunan kerusi: 6 kerusi (2 + 2 + 2) dan 8 kerusi (2 + 2 + 2 + 2). Kerusi boleh dilaraskan ke depan dan belakang untuk kemudahan para penumpang. Bagi model yang mempunyai 8 kerusi, terdapat captain seat pada baris kedua dan ketiga.

Hiasan elemen kayu disertakan dari bahagian belakang kerusi depan ke bahagian trim sampingan seolah-olah memberikan penumpang pada kerusi belakang rasa selesa dan nyaman. Bahagian sisi pula diterangi oleh lampu LED yang memberi ketenangan kepada penumpang.

Untuk melindungi penumpang, Toyota menyediakan Toyota Safety Sense yang mengesan kehadiran pejalan kaki dan penunggang basikal yang berada berdekatan dengan kereta pada jarak tertentu. Intelligent Clearance Sonar with Parking Support Brakes (Stationary Objects) juga disediakan pada jentera ini.

Granace dikuasakan oleh enjin diesel 1GD 2.8 liter yang berkuasa tinggi dan mesra alam. Sistem penggantungan pada bahagian belakang trailing-link rigid-axle juga telah dinaik taraf. Toyota Granace akan dipamerkan di Tokyo Motor Show 2019 sebelum dijual di Jepun.

Komen anda mungkin membantu