Honda Africa Twin dan CBR – Speedometer ala jet pejuang

1108

Teknoloji terkini yang akan digunakan oleh Honda Africa Twin dan CBR 1000RR.

Pengeluar motosikal sentiasa datang dengan pelbagai idea terkini ,canggih dan futuristik.

Terkini Honda telah di kesan mendaftarkan paten reka bentuk motosikal yang menggunakan teknologi Speedometer seolah-olah Cockpit Jet Pejuang.



Panel speedometer hologram atau lebih dikenali sebagai Head Up Display atau HUD.

Panel speedometer biasanya dilihat pada skrin cristal cecair atau LCD di sisi hendal bar. Melihatkan kepada paten teknoloji baru ini, Speeedometer dapat dilihat di windshield.

Bagaimana caranya Speedometer boleh terpancar di winshield?

Imej Speedometer dipancarkan melalui projektor yang dihalakan ke bahagian belakang windshield.

Secara automatik pancaran tersebut membentuk skrin hologram yang lebih besar dan telus.

Honda CBR1000RR juga dibekalkan dengan teknoloji terkini

Ini bermaksud penunggang tidak lagi perlu menundukkan kepala untuk melihat Speedometer. Memadai memandang terus Windshield untuk melihat Speedometer.

Jika 2 versi Honda sudah menggunakan model Speedometer futuristik seperti ini, adakah ianya selamat buat penunggang.

Tidakkah cahaya yang terpancar dari Winshield akan membuat penunggang silau?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here