Ducati Panigale V4 Superleggera: Edisi khas akan diperkenal

259

Berita tentang kemunculan edisi khas Ducati Panigale V4 Superleggera semakin hangat diperkatakan. Disebabkan ianya berstatus ‘edisi khas’ kemungkinan besar kuasa kuda sebagai tambahan akan disertakan bersamanya.

Bermaksud ‘super light’ dalam bahasa Itali, Superleggera mengikuti tradisi Ducati yang menghasilkan konsep slimmed-down kepada motosikal berkuasa tingginya, dengan Panigale 1199 dan 1299 V-twin sebelum ini menerima konsep yang sama.

Sama seperti versi sebelumnya, hampir semua aspek pada Ducati Panigale V4 Superleggera akan disertakan karbon terhadapnya. 

Jentera baru ini juga menggunakan set roda 10-cabang BST Rapid Tek carbon seperti yang terdapat pada Superleggera 1299, serta badan gentian karbon berdasarkan V4R. Tidak seperti Superleggera 1299, jentera baru ini tidak kelihatan menggunakan kerangka karbon, tetapi digambarkan seolah-olah dilengkapi dengan reka bentuk aluminium yang juga telah digunakan pada Panigale V4R.

Terdapat juga sistem ekzos titanium yang ditala semula, yang menyediakan tabung belakang sama seperti unit Akrapovic yang dipasang pada Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916. 

Tidak seperti edisi terhad, paip utama pada jentera ini digambarkan berbeza daripada susun atur yang terdapat di mana-mana Panigale V4 yang lain, dengan kemasan biru yang berpotensi mencadangkan sistem titanium penuh ekzos yang lebih pendek untuk mengurangkan berat jentera.

Spesifikasi tinggi jentera ini merangkumi klac yang berbeza, tidak seperti rekabentuk yang terdapat pada model V4 25° Anniversario 916. Jentera ini menggunakan Öhlins NPX 25-30 yang disesuaikan secara manual sebagai Panigale V4R beraspirasi WSB (World Superbike) yang menurunkan sekitar 600g unit separuh aktif elektronik yang terdapat pada V4S 1103cc.

Ducati belum mengumumkan harga atau tarikh pelancaran untuk jentera baru ini, tetapi jika ia diperkenalkan pada tahun ini, ianya mungkin berlaku pada 23 oktober, yaitu bersama dengan keluaran model 2020 Ducati yang lain.

 

Komen anda mungkin membantu