Isuzu D-MAX 1.9 Blue Power akan takluk Borneo Safari 2019

3276

Susulan pelancarannya, Isuzu D-MAX 1.9 Blue Power akan menghadapi cabaran menakluki acara ­off-road paling ekstrim di Asia, iaitu Borneo Safari di Sabah.

Selama lebih sedekad, Isuzu D-MAX 2.5-liter dan 3.0-liter telah terbukti sebagai antara kenderaan paling berupaya dan berkesan untuk membawa media melalui laluan mencabar walaupun dengan hanya modifikasi minima.



Isuzu D-MAX 1.9 Blue Power menampilkan enjin canggih 1.9-liter, enjin dengan sesaran paling kecil dalam kelasnya tetapi tetap menghasilkan lebih kuasa dari enjin 2.5-liter sebelumnya. Ia juga lebih menjimatkan bahan api dan kini 56kg lebih ringan.

Selain dari tayar lumpur ekstrim, suspensi dipertingkat untuk memuatkan tayar lebih besar, perlindungan badan, winch dan corong udara, Blue Monster ini kekal dalam keadaan stock kilang seperti yang boleh anda beli di bilik pameran.

Isuzu D-MAX 1.9 ini telah diserahkan oleh pasukan penganjur Borneo Safari di Kota Kinabalu sebagai sebahagian dari komitmen Isuzu Malaysia selaku penganjur Diamond Sponsor. Syarikat itu bertanggungjawab membekalkan kenderaan media untuk acara itu.

Borneo Safari tahun ini merupakan edisi ke-29 dalam sejarahnya dan merupakan kali ke-13 ia menerima sokongan dari Isuzu Malaysia.

Ia dijangka bermula di Kota Kinabalu pada 27 Oktober dan melalui Beaufort, Tenom, Keningau dan Tambunan sebelum balik ke bandar itu pada 3 November untuk upacara penutupan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here