Hanya 5 orang di dunia terpilih membina enjin Nissan GT-R

4526

Di Jepun, penukang yang pakar dikenali sebagai ‘takumi’. Di kilang Nissan di Yokohama, hanya lima takumi terpilih membina enjin Nissan GT-R, berhak meletakkan nama mereka kepada kenderaan ‘halo’ jenama itu, iaitu GT-R.

Lima nama yang and mungkin lihat di ribuan enjin GT-R di seluruh dunia kepunyaan Shioya Izumi, Tetsuji Matsumoto, Tsunemi Ooyama, Hiroyuki Ichikawa dan ketua pasukan, Takumi Kurosawa.



Dengan ketua pasukan mengetuai kumpulan kecil terhormat dengan lebih 100 tahun pengalaman kilang digabungkan, lima artisan ini ­­hand-make (pasang menggunakan tangan) enjin twin-turbo VR38, sebuah kemegahan kilang Nissan.

Dalam sejarah 80 tahun kilang Yokohama itu, ia telah mengeluarkan lebih 35 juta enjin, dan kumpulan kecil tadi mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka.

Kurosawa berkata, “Dengan meletakkan nama saya kepada blok enjin, saya rasa sangat mewakili Nissan dan sebahagian dari pembina enjin GT-R. Saya rasa sangat berbangga.”

Automasi merupakan sebahagian dari pengeluaran kereta abad ke-21. Namun di “bilik bersih” Yokohama yang terkawal, kerja memasang beberapa bahagian dari 374 komponen enjin kekal sebagai kerja tangan.

Tsunemi Ohyama berkata, “Semasa pengeluaran GT-R bermula pada 2007, pelarasan injap dibuat menggunakan mesin, kini semuanya dengan tangan – mengukur, menegetat, mengukur lagi. Selepas pemeriksaan manual dan disahkan, barulah kami hantar kepada pelanggan.”

Enjin 3.8-liter dengan 545hp itu melalui ujian menyeluruh semasa pembangunan. Selepas enam jam memasang, takumi akan meletakkan penutup dengan nama mereka sendiri pada blok enjin. 

“Pemilik GT-R mempunyai perasaan istimewa terhadap kereta mereka,” kata Nobumitsu Gozu yang juga memiliki sebuah GT-R.

Membina enjin supercar hanyalah sebahagian dari kisahnya, kerana ketua kilang Yokohama, Nobuhiro Ozawa berkata pemilik-pemilik ingin berjumpa dengan pembina GT-R mereka.

Kad nama takumi-takumi ini tidak menyatakan status mereka sebagai antara penukang enjin terbaik dunia, tetapi penghormatan sebenar adalah di assembly line GT-R, apabila plat nama kecil diletakkan pada enjin GT-R itu sendiri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here