Bugatti Chiron edisi Hermes yang serba mewah diperkenalkan

2107

Bugatti Chiron edisi Hermes secara rasminya dilancarkan pada halaman instagram Bugatti. Kereta ini ditempah secara khas oleh pengumpul kereta terkenal dari Califonia, Manny Khoshbin.

Bugatti Chiron edisi Hermes

Khoshbin menerapkan konsep dari Hermes, sebuah syarikat fesyen Perancis untuk bahagian luaran dan dalamannya. Pengubahsuaian jentera ini bermula pada tahun 2016.



Berdasarkan Bugatti Chiron, yang hanya terdapat dalam 500 unit di dunia, Khoshbin memutuskan untuk menggabungkan konsep jentera ini dengan Hermes, disertakan dengan warna Craie atau kapur putih. Bugatti menyertakan gril tersendiri dengan corak Hermes yang dipesan lebih dahulu.

Di bahagian spoiler juga digabungkan corak Hermes Courbettes dan seluruh bampar belakang telah dicat agar sesuai dengan bahagian luaran kereta. Bugatti dan Hermes juga bekerjasama dalam pengubahsuaian ruangan dalam kereta.

Bugatti Chiron edisi Hermes

Pengilang barangan mewah ini menyediakan ciri kulit khas dan termasuk corak kuda di panel pintu. Terdapat juga lencana khas yang ditulis “Dressed by Hermes” untuk mengingatkan Khoshbin bahawa dia memandu Chiron yang tidak seperti Chiron lain.

Bugatti Chiron edisi Hermes ini, dilaporkan dalam masa terdekat ini akan siap dihantar ke AS, ke rumah, Khoshbin di California. Ini bukan satu-satunya hypercar yang dipunyai Khosbhin  dengan sentuhan Hermes.

Beberapa tahun yang lalu, dia juga meyakinkan Pagani dan Hermes untuk bekerjasama bagi mewujudkan Pagani Huayra untuknya. Pengumpul ini juga membuatkan McLaren dan Hermes bekerjasama untuk membina McLaren Speedtail baru.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here