KTM Adventure 250 Masuki Pasaran India 2020

138

Berita pelancaran KTM Adventure 250 di India pada pertengahan tahun 2020 sudah tersebar luas.Apakah ini satu mimpi buruk buat Himalaya Royal Enfield atau pun BMW G 310S?

Royal Enfield Himalaya dan BMW G 310S semenjak diperkenalkan di India telah berjaya menawan hati peminat versi Adventure.

Himalaya merupakan motosikal adventure paling murah di India.

 

KTM Adventure 250 tidak jauh beza dengan KTM Adventure 390 dari segi Casis dan panel. Perbezaan hanyalah  skim warna,lampu depan,instumen dan enjin.

Adventure 250 di lengkapi dengan ‘Sport Rim Alloy’. Di mana depan bersaiz 19 inci dan belakang bersaiz 17 inci.

Model ini juga menggunakkan fork jenis terbalik di hadapan dan monoshock boleh di laras di belakang.

KTM Adventure 250 di kuasai enjin yang sama dengan versi Naked KTM Duke 250.  Enjin248.8cc, penyejukkan cecair, enjin tunggal silinder dengan maksimum 30 Bhp dan 24 Nm tork.

 

Komen anda mungkin membantu