‘Besi buruk’ untuk yang berjiwa kental, RM25k sahaja

4993

Dalam iklan jualan kali ini, kami ingin memaparkan sebuah ‘besi buruk’, tetapi bukan sebarang besi buruk. Ia hanya untuk yang berjiwa kental, gigih, penyabar dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan rakan sebaya.

Ia sebenarnya adalah badan Volkswagen Samba atau Microbus. Dan memang betul-betul badan sahaja.



Segala aksesori, kemasan, enjin dan lain-lain harus direstorasi sendiri oleh pembeli. Tapi seperti kami katakan tadi, ini hanya untuk yang berjiwa kental.

 

Lagipun mana lagi nak cari badan van ol’ skool Volkswagen ini kan? Memang sesuai sangat kalau anda nak mulakan satu project car yang gempak.

Hubungi Riezari Regim Ryder di laman Facebook beliau jika berminat.

Nah kami belanja sikit gambar van Volkswagen yang hipster ini sebagai sumber inspirasi.

Galeri ‘besi buruk’:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here