Geely peruntukkan USD28 juta bantu tangani Coronav1rus

1143

Syarikat Geely Holding telah memperuntukkan USD28 juta untuk menyokong pembasmian dan menangani epidemik Coronav1rus.

Peruntukan itu akan digunakan untuk membeli dan mengagihkan bekalan perubatan termasuklah topeng muka, alat nyah-kuman, goggle perubatan, dan ventilator di kawasan-kawasan yang terjejas teruk di China.



Tambahan lagi, CaoCao iaitu khidmat e-hailing Geely, telah menyediakan kenderaan kecemasan untuk pengawalan dan pembasmian di kawasan Wuhan yang akan memberikan pengangkutan percuma kepada penduduk di situ.

Pusat Operasi Mobiliti CaoCao dan pasukan despatch khas akan bekerjasama dengan penguasa untuk kenderaan bantuan. Geely berkata semua langkah telah diambil untuk memastikan keselamatan dan perlindungan kepada pemandu perkhidmatan itu.

Dalam satu siaran media, Geely berkata: “Rangkaian global Geely Holding Group bersatu menyokong dan membanteras Coronav1rus dan akan membolehkan kekuatan sinergi Group untuk digunakan bagi membasmi penyebaran v1rus.”

Ia menambah: “Pada masa yang sama, kami menggalakan semua anak syarikat yang berpangkalan di China untuk mengubah waktu kerjam mereka, elakkan laluan penangkutan awam utama dan memilih untuk bekerja online.

“Kami menggalakkan semua pekerja kami bertenang dan mengambil langkah berjaga-jaga yang betul semasa waktu yang sukar ini.”

Jenama-jenama di bawah Geely Holding termasuklah Geely Auto, Lynk & Co, Volvo Cars, Polestar, Proton, Geometry, Lotus dan Farizon Auto.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here