PKPB: Pergerakan rentas daerah masih dibenarkan

249

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran rentas daerah masih dibenarkan dan tiada sekatan bagi tujuan itu.

Pergerakan rentas daerah

Beliau berkata, polis yang melakukan sekatan jalan raya tidak sepatutnya mengarahkan mereka berpatah balik jika perjalanan rentas daerah.

“Rentas daerah tiada sekatan dan mereka bebas bergerak di dalam daerah negeri masing-masing. Walaupun, jauh mana perjalanan itu masih boleh,” katanya.

Menurutnya, kebenaran diberikan untuk mereka yang melakukan pergerakan rentas daerah dan ia tidak ditentukan berdasarkan tempoh masa perjalanan.

“Namun, bagi mereka yang diarahkan berpatah balik, saya rasa berkemungkinan pihak polis lebih tahu sama ada pergerakan yang dilakukan adalah rentas daerah atau negeri.

“Biasanya pihak polis akan tanya dan jawapan yang diberi selalunya mereka sudah biasa dengan jawapan dan boleh meneka ke mana hala tuju orang terbabit.

“Jadi, mereka boleh kesan ke mana tujuan orang terbabit dan mungkin pihak yang diarahkan untuk berpusing balik itu adalah rentas negeri,” katanya.

Beliau berkata, bagi yang ingin pulang beraya di kawasan sama daerah, bagaimanapun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here