PKPB: Kerajaan putuskan tiada lagi rentas negeri

1935

Bagi mengelakkan penyebaran Covid-19, pihak kerajaan kini memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan rentas negeri.

rentas negeri Covid-19

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenderaan yang cuba merentas negeri bukan hanya akan diarah berpatah balik tetapi juga turut dikenakan kompaun serta-merta di sekatan jalan raya.



“Justeru, orang ramai tidak perlulah lagi ke balai polis untuk mendapatkan surat kebenaran.

“Kita semua sedia maklum, semalam seorang perempuan positif Covid-19 akibat daripada rentas negeri. Kita tidak akan bertolak ansur lagi dalam soal rentas negeri ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata, orang ramai masih lagi berdegil apabila jumlah mereka yang cuba melakukan pergerakan merentas negeri masih lagi ramai.

Semalam saja, beliau berkata sebanyak 2,412 kenderaan cuba merentas negeri dan dinasihatkan polis berpatah balik.

“Minat mereka yang ingin balik ke kampung sempena Aidilfitri ini masih tidak berubah walaupun setiap hari kita mengeluarkan nasihat,” katanya.

Beliau memberi contoh semalam sahaja lebih 1,300 orang ramai beratur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang untuk memohon kebenaran polis balik ke kampung.

“Mereka sanggup beratur di tengah panas dengan alasan untuk mencuba nasib. Jadi lepas ini tidak perlu susah payah beratur di balai polis,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here