Gabungan kelab kereta Kedah agih 600 juadah berbuka

2488

Sedekah atau sumbangan diberikan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barang keperluan harian adalah sesuatu yang tidak asing lagi di negara ini. Amalan ini juga lebih banyak dilakukan umat Islam di saat tibanya bulan Ramadhan.

Baru-baru ini, Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) iaitu satu komuniti kelab kereta di negeri itu telah menjalankan aktiviti infaq Ramadhan dengan mengagihkan juadah berbuka kepada pengguna jalanraya.



GKKnK ialah satu badan yang menghimpunkan kelab-kelab kereta di bawah satu bumbung dan cukup sinonim dengan menganjurkan aktiviti permotoran dan program kemasyarakatan di Kedah.

Infaq Ramadhan tahun ini, GKKnK mengambil kesempatan menjalankan infaq Ramadhan itu sebagai salah satu cara mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap komuniti kelab kereta.

Infaq Ramadhan itu telah berlangsung pada 16 Mei lepas di Restoran Syed Nasi Kukus, Sungai Petani, Kedah dan telah berjaya mengagihkan hampir 600 bungkusan makanan. Agihan itu juga dibuat kepada semua pemandu dan penunggang berhampiran tanpa mengira latarbelakang, agama atau bangsa.

Pengasas GKKnK, Arahman Crew berkata, “Kejayaan ini merupakan kejayaan kepada semua pihak yang mana kita sedia maklum progam ini juga telah mendapat sokongan dan juga sumbangan dari kelab pemilik Axia atau Maxoc, Rangkaian Bangsa Usahawan dan NGO-NGO di sekitar Sungai Petani.

Pihak-pihak terlibat dalam program kali ini adalah GKKnK, Maxoc, Syed Nasi Kukus, Bangsa Usahawan Utara, Kedai Emas Hajjah Halijah SB, Pembela, Tia Auto, Clik Klik, Gheyuh Rendah Fest, Sdap Buck Hang, Lubrex, FnF Reno, Aimzz, Astar, dan Mahabbah Motivation Consultancy.

Diharapkan program ini dapat menjadi acara tahunan dengan penyertaan lebih besar.

Gambar: Raziman Sipico
Teks: Muna GKKnK

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here