Isteri buat kejutan hadiah sebuah Yamaha YZF-R25 pada suami

3076

Untuk menghargai pasangan, setiap individu mempunyai cara mereka tersendiri. Terutama pasangan yang sudah lama hidup bersama dan meniti hari tua.

kejutan Yamaha YZF-R25

Di laman Twitter, tular beberapa video yang memaparkan seorang isteri membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah Yamaha YZF-R25 yang merupakan idaman suaminya.



Video tersebut telah dimuat naik dan dirakam oleh salah seorang pekerja di pusat pengedar Yamaha tersebut. Si suami lantas memeluk isterinya setelah menerima geran motosikal Yamaha YZF-R25 atas namanya sendiri pada hari tersebut.

Sudah tentunya, video mengenai pasangan ini mendapat pelbagai reaksi daripada para pengguna laman tersebut. Bahkan, turut terlihat ada yang memuji-muji pasangan ini kelihatan sangat comel dan romantik.

Video tersebut telah ditonton hampir 46,400 tontonan dan 2,753 tanda suka di laman Twitter ketika artikel ini ditulis.

Untuk makluman Yamaha YZF-R25 untuk keluaran 2020 ditawarkan dengan dua pilihan iaitu warna perak dan biru kusam (matte).

Dijual dengan harga RM19,998, motosikal ini dikuasakan oleh enjin 2-silinder selari bersesaran 249cc DOHC dengan kotak gear 6-kelajuan.

Ia mampu menghasilkan sehingga 35.5hpĀ pada 12,000rpm danĀ 22.6Nm tork pada 10,000 rpm. Untuk suspensi, bahagian hadapan motosikal ini menggunakanĀ forkĀ terbalik, manakala untuk bahagian belakang ia menggunakan monoshock.

Motosikal ini jugaĀ dipadankan tangki bahan api 14 liter, panel instrumen LCD digital penuh dan lampu penukar gear.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here