Honda BR-V catat lebih 1,400 tempahan dalam masa sebulan, akan kekal sebagai crossover paling popular?

1929

Baru sahaja dilancarkan dan boleh mula ditempah sejak sebulan lalu, Honda BR-V serba baharu kini telah menerima lebih 1,400 tempahan.

Ianya disumbangkan oleh pakej menarik ditawarkan iaitu gabungan gaya ranggi SUV dan keluasan serta praktikaliti sebuah MPV. Ini menjadikannya cukup digemari oleh rakyat Malaysia.



Honda BR-V telah terjual sebanyak 32,600 unit sejak ia mula memasuki pasaran pada awal 2017, dan terus menjadi kenderaan paling popular dalam segmennya.

Lebih 85 peratus jumlah tempahan adalah dari varian V, manakala baki 15 peratus untuk varian E. Dari segi warna pula, lebih 24 peratus memilih warna Modern Silver Metallic, menjadikannya warna kegemaran di kalangan pelanggan.

Di luar, Honda BR-V 2020 mendapat gril baharu, bampar depan dan belakang baharu dengan kemasan di bahagian bawah, kemasan lampu kabus baharu. Terdapat juga rim aloi 16-inci dan antenna sirip jerung baharu.

Honda turut menawarkan warna baharu yang pertama kali ditampilkan untuk mana-mana model Honda, iaitu Marine Purple Pearl. Warna-warna lain masih ditawarkan iaiu White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic dan Passion Red Pearl.

Beberapa ciri baharu ditambah seperti tweeter pembesar suara, lampu kargo, dan penapis udara kabin, menjadikan BR-V lebih premium dan selesa. Varian V pula mendapat paparan audio 7-inci, serta tempat duduk kulit baharu dengan kemasan merah, padan dengan jahitan pada tombol gear.

Untuk varian E, ia kini mendapat ciri standard baharu iaitu pendingin hawa automatik, keyless entry, dan butang push start.

Honda BR-V masih dipacu oleh enjin 1.5 SOHC i-VTEC yang kita semua kenali. Enjin ini menjana 120hp dan dipadankan dengan transmisi CVT, menyalurkan kuasa ke roda depan.

BR-V baharu juga dilengkapi dengan paddle-shifters untuk memberikan pengalaman pemanduan lebih sporti.

Honda BR-V 2020 dijual bermula RM86,726 untuk varian E, dan bermula RM93,420 untuk varian V.

Bersempena dengan pengenalan Honda BR-V baharu, Honda Malaysia turut melancarkan kempen Community Relief Campaign – Be Kind With BR-V dan Honda Dealer Donation Drive. Kempen ini bertujuan membantu masyarakat setempat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here