Covid-19: Beli Honda BR-V sambil beramal dengan kempen bantuan komuniti Honda Malaysia

2032

Serentak pengenalan BR-V 2020 baru-baru ini, Honda Malaysia turut mengumumkan pelancaran dua Kempen Bantuan Komuniti untuk bantuan Covid-19.

Be Kind With BR-V: Bermula 2 Jun hingga 31 Ogos 2020, untuk setiap unit Honda BR-V yang terjual, syarikat itu akan mendermakan sebahagian dari keuntungan kepada program komuniti ini.



Honda Dealer Donation Drive: Pada masa yang sama, Honda Malaysia turut menghimpunkan wakil-wakil pengedarnya untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan Covid-19. Kempen ini berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Pelanggan Honda boleh berkunjung ke mana-mana pengedar terdekat dan mendermakan barang keperluan seperti makanan kering atau perkakas rumah.

Sumbangan ini akan dikumpul dan diserahkan kepada masyarakat dan komuniti terjejas berdekatan dengan kawasan pengedar itu.

CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata: “Honda Malaysia sangat terharu dengan komitmen rakyat Malaysia, terutamanya pihak barisan hadapan yang telah bekerja keras untuk memulihkan keadaan negara ini.

“Honda Malaysia ingin menyumbang kepada semangat ini dengan memberi semula kepada masyarakat yang memerlukan di sekeliling kita melalui Kempen Bantuan Komuniti ini.”

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini atau memandu uji BR-V baharu, anda boleh berkunjung ke mana-mana 101 pengedar Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atay layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here