Punca berlaku kesan tompokan air pada permukaan kereta

4483

Sebagai seorang pengguna kereta, adakah anda perasan tentang kehadiran kesan tompok-tompok air pada permukaan kereta anda? Ia juga dikenali dengan kesan Waterspot atau Watermark.

 Waterspot

Kesan ini tidak baik untuk sesuatu kereta, kerana ia akan merosakkan permukaan cat kereta dan sukar dihilangkan dengan kaedah cucian biasa. 



Kesan ini akan terjadi apabila sesuatu kereta yang basah ataupun telah dibasuh, dikeringkan di bawah cahaya matahari tanpa dilap dengan betul.

Selain itu, air hujan merupakan salah satu faktor hadirnya kesan ini pada permukaan cat kereta. Ramai yang menganggap air hujan dapat membersihkan kenderaan. Namun kenyataan ini salah sama sekali kerana air hujan juga mengandungi mineral, habuk dan kotoran dari udara.

Faktor yang seterusnya adalah sikap pemilik kenderaan yang mengambil mudah untuk membersihkan kenderaan mereka. Hal ini juga boleh menyebabkan Waterspot berlaku.

Walaupun begitu terdapat cara untuk menghilangkan kesan ini. Cara terbaik untuk menghilangkannya ialah dengan kaedah polish keseluruhan permukaan kereta anda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here