Porsche 911 GT3 RS ini rosak teruk angkara demonstrasi jalanan di AS

1751

Demonstrasi jalanan telah dilakukan oleh penunjuk perasaan di Los Angeles, dan puluhan bandar lain di seluruh Amerika Syarikat (AS) kerena memprotes kematian George Floyd di Minneapolis, pada 25 Mei yang lalu.

Kejadian ini turut dirakam oleh para jurugambar dan Youtuber. Sebahagian besar video memaparkan penunjuk perasaan menceroboh ke kedai dan mencuri apa sahaja yang berada di hadapan mata mereka.



Walau bagaimanapun, bagi peminat kereta, perkara yang paling sedih berlaku ialah apabila sebuah Porsche 911 GT3 RS turut menjadi mangsa keganasan penunjuk perasaan.

Porsche 911 GT3 RS

Nasib Porsche tersebut bagaimanapun tidak diketahui, tetapi jelas kelihatan jentera tersebut sudah dirosakkan dengan teruk. Bumbungnya kelihatan kemik, kemungkinan berpunca dari seseorang melompat ke atasnya.

Selain itu, cermin belakang dan sisi Porsche 911 GT3 RS ini telah pecah dan bahagian badannya telah disembur dengan tulisan menggunakan spray bewarna oren dan kelabu. Pintu bahagian penumpang juga dibiarkan terbuka begitu saja.

 

Bukan sahaja perkara yang mengejutkan melihat jentera ini hancur, malah agak pelik kenapa para penunjuk perasaan tidak mencurinya dan membiarkannya tersadai di tepi jalan.

Menurut sumber, kereta tersebut tidak mempunyai kunci, menandakan bahawa kemungkinan pemiliknya telah melarikan diri dari tempat kejadian dengan membawa kunci sehingga kereta tersebut bahkan tidak dapat dihidupkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here