Ini senarai kereta Youtuber Alieff Irfan – Dari Satria Neo hingga GT-R R35!

12141

Alieff Irfan atau nama sebenar Muhammad Aliff Irfan Aziki merupakan salah seorang Youtuber popular di negara kita. Sama seperti seorang lagi Youtuber terkenal iaitu Syahmi Sazli, Alieff juga berasal dari Kelantan.

Alieff Irfan

Melalui drama pendek, Alief berjaya memikat hati penonton dan menempa nama di Youtube, walaupun bermula dengan hanya 1,000 subscriber sahaja.



Melalui videonya di Youtube, sumbangan iklan, promosi produk (product placement) dan jualan barangan cenderamata, Alieff berjaya meraih pendapatan yang tinggi.

Selain berbakti kepada keluarga, hasil pendapatan tersebut turut digunakan untuk membina sebuah studio produksi yang diberi nama Alieff Irfan Studio Production (AI Studios) dan memiliki 4 buah kereta sebagai kegunaan diri dan keluarga.

Dan disebabkan ini ialah portal automotif, seperti anda dapat jangkakan, kami ingin kongsikan kereta-kereta yang dimilik oleh Alieff Irfan.

1. Satria Neo

Gambar hiasan ialah Proton R3 Satria Neo 2012.

Sebenarnya kami tidak pasti model Satria Neo mana satu yang dimiliki Alieff kerana dia tidak berkongsi secara spesifik dan tiada gambar yang dikongsi.

Tapi menurut video dalam saluran YouTube Baby Shima, Alieff berkata Satria Neo itu merupakan kereta pertama dimilikinya hasil dari pendapatan Youtube, dan dibeli pada November 2017. 

Proton Satria Neo dikeluarkan pada 2006 hingga 2015 dengan pilihan enjin CamPro 1.3, CamPro 1.6 dan CamPro CPS 1.6. Terdapat juga beberapa versi seperti Campro, CPS, R3, Lotus Racing Edition dan sebagainya.

2. Audi TT

Jentera ini merupakan kereta kedua milik Alieff setelah bergelar seorang Youtuber. Audi TT generasi kedua ini dikeluarkan pada 2006 hingga 2014 dan pada pandangan kami, ianya versi 2.0 TFSI yang menghasilkan kira-kira 211hp dan 350Nm tork.

3. BMW 3 Series (F30)

Jentera ketiga ialah BMW 3-Series F30 yang dibeli pada awal 2019. Ia selalu digunakan untuk kegunaan harian Alieff seperti untuk proses penghasilan filem pendek. 

Jika ia bukan versi PHEV atau hibrid, BMW 320i dikuasakan enjin 2.0-liter turbo dengan kuasa sekitar 181hp dan 270Nm tork, transmisi auto 8-kelajuan dan pacuan roda-belakang.

4. Nissan GT-R R35

Alieff Irfan

Seperti dapat dijangka juga, Youtuber memang minat dengan Nissan GT-R R35 ya? Jentera yang sinonim dengan panggilan Godzilla ini merupakan kereta terbaru milik Alieff yang dibeli pada Ogos 2019.

Secara umum, R35 dikuasakan oleh enjin V6 twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 485bhp dan 588Nm tork.

Mungkinkah tahun ini Alieff akan membeli kereta baru pula? Agaknya kereta apa, mungkin Ford Mustang atau Ferrari 488?

Sumber: Youtube, instagram Alieff Irfan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here