Ini Nissan GT-R R35 terbaharu milik Alieff Irfan, 700hp!

5564

Umum mengetahui YouTuber popular, Alieff Irfan atau nama sebenar Muhammad Aliff Irfan Aziki sememangnya mempunyai beberapa buah koleksi kereta, yang terdiri daripada Satria Neo, Audi TT, BMW 3-Series F30, dan Nissan GT-R R35.

Namun baru-baru ini, Alieff Irfan menerusi video di saluran YouTube miliknya menyatakan telah menjual Nissan GT-R R35 tersebut dan membeli sebuah Nissan GT-R R35 yang baharu.



Nissan GT-R R35 alieff irfan

Menurut anak jati Kelantan ini, GT-R terbaharu miliknya merupakan keluaran tahun 2014, dan dibeli pada harga RM500k. Dia juga menyatakan alasannya membeli kereta itu ialah kerana ianya telah banyak dimodifikasi oleh pemilik sebelumnya.

Nissan GT-R R35 alieff irfan

Tambah Alieff, GT-R terbaharu miliknya telah dinaik taraf kepada Stage 2+, sehingga mampu menghasilkan sekitar 700hp. Ianya juga hadir dengan kit badan Varis Vagnum Opus dan ekzos dari Meisterschaft.

Selain itu, Alieff ada menyatakan GT-R terbaharu miliknya sebelum ini pernah viral di Malaysia, dan setelah carian dilakukan, kami mendapati bahawa video GT-R tersebut yang dimuat naik oleh Tenuk Film pada Februari 2020 telah mendapat 6.6 juta tontonan.

Menerusi saluran YouTube miliknya, kami juga mendapati bahawa Alieff memiliki beberapa buah kereta lain yang kami tidak nyatakan dalam artikel sebelum ini, iaitu Proton Waja, Ford Ranger XLT Limited Editioin, dan Range Rover Evoque.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here