Penerbangan tanpa had selama setahun dari Qantas Airways jika sudah divaksin

1021

Qantas Airways Ltd. menawarkan penerbangan tanpa had selama setahun di samping hadiah-hadiah lain buat pelanggannya yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Qantas Airways

Ia merupakan insentif terbesar daripada syarikat penerbangan Australia itu setakat ini dalam usaha untuk mempercepat pengedaran vaksinasi yang perlahan di negara tersebut.



Ketua Pegawai Eksekutif Qantas Airways Ltd., Alan Joyce berkata, program itu akan menawarkan 10 hadiah mega berupa perjalanan percuma kepada empat individu dalam satu keluarga bersama Qantas dan unit kos rendahnya, Jetstar selama setahun.

“Ganjaran yang akan diberikan kepada penumpang yang telah divaksin sepenuhnya merangkumi baucar penerbangan serta kredit status program kesetiaan. Kami berhak dan berminat untuk melakukannya,” lanjut Joyce.

Setelah mengekang wabak itu, Australia kini berjuang untuk mengatasi keraguan orang ramai terhadap vaksin.

Hanya sekitar 4.2 juta orang daripada 26 juta orang di negara itu yang telah menerima suntikan vaksin yang pertama, sementara negeri Victoria sedang menjalani sekatan perjalanan selama seminggu untuk mengawal kes wabak yang semakin meningkat.

Joyce meminta syarikat di Australia yang lain untuk menawarkan insentif mereka sendiri kepada pelanggan yang telah menerima suntikan vaksin. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here