Penampilan comel rider Foodpanda ini tarik perhatian ramai

3076

Seorang pemuda yang bertugas sebagai rider Foodpanda menjadi bualan kerana penampilannya yang sarat dengan aksesori beruang panda; bermula dari topi, anak patung, beg, sarung tangan hingga topeng muka.

rider Foodpanda

Kehadiran rider Foodpanda tersebut tersebut turut dirakamkan oleh orang ramai dan dikongsikan mereka di media sosial.



Rider tersebut yang dikenali dengan Akhmal Abdul Rashid, tidak menyangka penampilannya menjadi tular kerana apa yang dilakukannya hanyalah sekadar minat.

Mula berkhidmat sejak lapan bulan lalu, Akhmal sebenarnya telah menggemari haiwan tersebut yang disifatkannya comel dan jinak, sejak di bangku sekolah.

rider Foodpanda

Difahamkan, dia juga mempunyai 18 aksesori berkaitan dengan beruang panda. Dia juga akan mengenakan aksesori tersebut di badannya sepanjang tempoh dia bekerja, kecuali ketika dia mengganti baju untuk mandi dan solat.

Akhmal dikatakan memasang aksesori panda tersebut pada seluruh badannya kerana ianya pernah hilang sewaktu diletakkan pada kotak makanan. 

Dia juga difahamkan merancang untuk terus mempelbagaikan aksesori dan hiasan bertemakan beruang panda semasa dia bertugas.

Akhmal berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya orang awam mahu mengambil gambarnya atau bersamanya disebabkan tarikan aksesori beruang pandanya.

“Ada juga yang tegur sebab nak anak patung panda saya. Jawapan saya mudah saja, saya kata minta maaflah ini koleksi saya. Jawapan tu dah biasa saya bagi sambil senyum,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here