Honda CBR250RR dah boleh dimiliki di Malaysia, tapi hanya untuk perlumbaan

2857

Menjelang siri Malaysia Superbike Championship 2021, Boon Siew Honda Sdn Bhd memperkenalkan inisiatif baru yang bertujuan untuk meningkatkan sektor perlumbaan motosikal Malaysia.

Honda CBR250RR

Inisiatif ini ialah satu program baru, yang dinamakan sebagai Boon Siew Honda 250cc Racing Support Program.



Program ini akan menawarkan motosikal Honda CBR250RR yang dikhaskan untuk perlumbaan dengan potongan harga kepada pasukan dan pelumba yang berminat, dalam kelas MSBK250.

Spesifikasi asas Honda CBR250RR akan disediakan oleh Boon Siew Honda dengan pakej penuh, yang berharga RM50,000. Namun, jika pasukan dan pelumba memilih untuk membeli pakej ini, mereka hanya perlu membayar RM30,000.

Honda CBR250RR

Pasukan dan pelumba yang memilih pakej ini juga akan mengambil bahagian dalam subkategori MSBK250.

“Objektif Boon Siew Honda 250cc Racing Support Program adalah secara umum untuk meningkatkan sukan lumba motosikal. Pada Asia Road Racing Championship, Boon Siew Honda menggunakan pasukan sendiri untuk melahirkan bakat pelumba Malaysia yang bertaraf dunia.”

Honda CBR250RR

“Sebelum ini, terdapat jurang antara Cub Prix dan ARRC. Program ini di MSBK adalah bertujuan mengeratkannya,” kata Yoshitaka Nakamura, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

Program sokongan ini akan dijalankan dengan kerjasama penganjur iaitu Two Wheel Motor Racing.

Motosikal lumba ini dikuasakan oleh enjin 249cc silinder berkembar yang mampu menghasilkan sehingga 41hp dan 23Nm tork.

Dilengkapi dengan kotak gear 6-kelajuan, ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang dari 6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimumnya pada 180km/j.

Pihak yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh melakukannya dengan menghubungi TWMR di talian 03-87338787.

Menurut petikan pandulaju.com, Honda CBR250RR difahamkan akan dilancarkan di Malaysia pada hujung tahun ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here