Gadis 16 tahun catat rekod dunia untuk slalom terpantas dengan Porsche 718 Boxster Spyder

1394

Porsche 718 Boxster Spyder kini mempunyai rekod dunia baru dalam kategori slalom terpantas. Rekod baru ini dicipta oleh Chloe Chambers yang berusia 16 tahun.

Porsche 718 Boxster Spyder

Chambers kini bertanding dalam pelbagai siri karting, dan Porsche 718 Boxster Spyder yang dipandunya adalah dalam keadaan standard. Semasa rekod ini dicatat, Chambers berjaya membelok di antara 51 kon yang jaraknya 15 meter dalam masa 47.45 saat.



“Ini kelihatan mudah, tetapi sebenarnya tidak. Untuk membelok antara 50 kon sepantas mungkin, berusaha mengalahkan rekod masa dan memastikan setiap kon tidak jatuh, saya menghadapi satu tekanan,” kata Chambers.

“Segala-galanya seakan menjadi pada aksi terakhir saya. Saya berjaya mengawal kereta dengan baik dan saya memperoleh setiap cengkaman yang saya perlukan. Terima kasih kepada keluarga saya dan Porsche kerana menyokong dan mempercayai saya.”

“Kami rasa sangat bangga kerana Chole berjaya mencipta rekod baru. Kami dari seluruh keluarga Porsche mengucapkan tahniah dan rasa gembira dapat menyokong Chole,” kata presiden dan ketua eksekutif Porsche Cars Amerika Utara, Klaus Zellmer.

Porsche 718 Boxster Spyder dikuasakan oleh enjin 4.0-liter naturally aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 414hp dan 420Nm tork. Enjin ini juga dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan yang membolehkan kereta ini memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.4 saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here