Konsep Pikachu jadi pilihan rider penghantar barangan persendirian

2561

Mempunyai minat yang mendalam terhadap watak Pikachu dalam siri animasi Pokemon membawa ilham kepada rider penghantar barangan persendirian di Batu Pahat, Johor untuk menjadikan watak animasi ini sebagai konsep dalam perkhidmatannya.

pikachu

Muhammad Raihan Jumali, 23, tidak menyangka perkhidmatan yang baru diusahakannya Februari lalu itu mencuri tumpuan warganet di media sosial apabila ia dimuat naik seorang pengguna Twitter yang mengagumi kerjayanya.



“Sejak kecil lagi saya suka menonton siri animasi Pokemon dan meminati watak Pikachu. Malah, warna kuning juga adalah warna kegemaran saya.

“Motosikal Yamaha YZF-R15 itu baru saja dibeli Jun lalu dan tampal pelekat Pikachu pula pada Ogos dengan kos RM350,” katanya.

pikachu

Raihan juga menyatakan dia mengusahakan perkhidmatan itu atas dasar minatnya untuk menunggang motosikal, selain bertujuan untuk menambah pendapatan dan mencari pengalaman.

“Impian saya dalam masa dua atau tiga tahun lagi saya dapat membuka sebuah perkhidmatan penghantaran.

“Syukur, sejak menjadi penghantar barangan, ramai yang menggunakan perkhidmatan ini terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu,” katanya.

Katanya, dia bekerja sebagai penghantar barangan persendirian dengan nama perkhidmatan, Raihan Runner pada sebelah siang.

Pada waktu malam, dia akan membantu ayahnya di kedai yang diberi nama Raihan Corner sempena namanya atas kecemerlangan memperoleh 4A 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Antara kawasan penghantaran yang disediakan Raihan Runner ialah di Ayer Hitam, Parit Raja, Jalan Parit Botak, Senggarang, Sri Gading, Parit Yaani dan Yong Peng.

Raihan Runner beroperasi setiap hari dengan caj penghantaran serendah RM3 pada jarak kurang lima kilometer (km) dan tambahan 50 sen saja untuk satu km seterusnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here