Honda CBR650R dan CB650R versi 2021 dilancarkan

1208

Honda CBR650R dan CB650R versi 2021 telah dilancarkan oleh Boon Siew Honda (BSH). Versi yang dinaik taraf baharu cukup menarik serta warna baharu tampak menawan.

Bagi versi 2021, kedua model ini menerima sistem suspensi utama yang dipertingkatkan dengan pelbagai kemasan diperbaharui demi meningkatkan keselesaan penunggang.



Sistem tersebut merangkumi fork 41mm Showa Seprate Function Big Piston (SFF-BP) USD merupakan suspensi berkualiti tinggi demi pertingkatkan kemampuan pengendalian.

Terdapat slot pengecas USB Type-C yang terletak pada bahagian bawah tempat duduk. LCD yang dikemaskini mengikut saiz fon dengan perubahan pada sudut LED.

Honda CBR650R dan CB650R dibekalkan dengan enjin 649cc DOHC 16 injap dan melepasi piawaian emisi Euro 4. Lontaran kuasa 94hp@12,000rpm dengan daya kilas 63 Nm @ 8,500rpm.

Honda Selectable Torque Control (HSTC). Kawalan kadar cengkaman roda belakang juga terdapat pada versi 2021 ini.

Versi CB650R ditawarkan dua warna pilihan. Candy Cromosphere Red atau Mad Gunpowder Black Metallic. Harga yang ditawarkan ialah RM 43,499.00.

2021 HONDA CBR650R

Sementara versi CBR650R juga hadir dengan dua warna pilihan. Grand Prix Red dan Mad Gunpowder Black Metallic dan harga RM 45,499.00.

Kedua-dua harga tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran. Jaminan atau warranti adalah selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km yang mana terdahulu.

Kedua-dua model versi 2021 dijangka berada di Honda Big Wing pada 23 Februari nanti.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here