BMW X7 xDrive40i versi CKD dilancar di Malaysia – 3.0L 6-silinder dengan 340hp dan 450Nm

1271

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan X7 xDrive40i versi CKD (pemasangan tempatan), dijual pada harga bermula RM708,000.

Ini merupakan penjimatan lebih RM150k berbanding versi CBU yang diperkenalkan tahun lepas yang dijual pada harga RM861,847.



BMW X7 membawakan rekaan gril kidney yang gah dan memberikan penampilan menyerlah untuk SUV ini di jalanraya. Anda nampak dari jauh, pasti beri laluan padanya.

Gril ini diapit oleh lampu depan BMW Laserlight yang mampu menerangi sehingga 600 meter ke depan, berserta dengan High Beam Assist.

Dari segi dimensi, BMW X7 berukuran 5,151mm panjang, 2,000mm lebar dan 1,805mm tinggi. Ia dilengkapi rim 21-inci dengan rekaan Y-spoke 753 Bicolour dan tayar run-flat sebagai standard.

Untuk memacu badan yang bersaiz mega ini, BMW X7 dibekalkan dengan enjin 3.0-liter 6-silinder berkuasa 340hp dan 450Nm tork.

Kuasa dihantar ke semua roda melalui transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport dan sistem pacuan semua-roda xDrive. Ini membolehkan X7 memecut mencapai 100km/j dalam 6.1 saat sahaja.

Untuk memastikan kawalan badan terbaik di semua jenis jalan pula, BMW X7 xDrive40i dilengkapi Dynamic Stability Control, suspensi udara, Executive Drive Pro dengan anti-roll bar aktif, dan Dynamic Damper Control yang menggunakan sistem navigasi dan kamera depan.

Rekaan dalaman BMW X7 ini diberikan elemen Crafted Clarity iaitu bahan buatan tangan yang dipotong dengan berlian, dan kelengkapan lain seperti stereng sport dan tempat duduk balutan kulit.

BMW Live Cockpit Professional tersedia di depan pemandu dengan skrin lebar 12.3-inci, paparan head-up display, BMW Intelligent Personal Assistant, dan BMW Gesture Control.

Terdapat ciri unik dan mewah lain seperti Welcome Light Carpet, sistem audio Harman Kardon, Panorama Roof Sky Lounge, dan fungsi soft close untuk penutupan pintu secara lembut dan halus.

Untuk bantuan pemanduan pula, SUV ini mendapat BMW Personal CoPilot, Parking Assistant Plus dan Reversing Assist.

Warna badan untuk BMW X7 akan didatangkan dengan kombinasi warna khas untuk bahagian dalam. Black Sapphire dan Sophisto Grey hadir dengan warna kabin Cognac Leather Vernasca.

Warna Phytonic Blue dan Manhattan Metallic hadir dengan warna kabin hitam, manakala Mineral White hadir dengan warna kabin Coffee Leather Vernasca.

Para pelanggan yang berminat dengan jentera BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu boleh membuat pendaftaran mulai 26 Februari 2021 melalui BMW Shop Online di https://shop.bmw.com.my/.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here