45 supercar di Hong Kong lumba haram, habis semua kena tahan polis!

2452

Polis Hong Kong pada Ahad lalu menahan 45 buah supercar kerana disyaki terlibat dalam perlubaan haram di Hong Kong Island.

supercar hong kong

Menurut South China Morning Post, operasi tersebut telah dilakukan seawal jam tujuh pagi waktu tempatan selepas kumpulan supercar itu dikesan melepasi laluan Island Eastern Corridor arah barat.



Polis terpaksa menutup dua jalan untuk menghentikan setiap kereta dari kumpulan itu.

Menurut ahli majlis daerah tempatan, Derek Ngai Chi-ho, penduduk yang tinggal berdekatan lebuh raya mengadu bunyi yang dipercayai disebabkan oleh kumpulan supercar tersebut.

“Perkara ini telah berlangsung dalam waktu yang agak lama. Keadaan ini menjadi semakin berlarutan selepas tengah malam, atau ketika hujung minggu. Masalah ini telah dibangkitkan dalam pertemuan dewan daerah,” kata Ngai.

Supercar yang ditahan terdiri daripada Nissan GT-R, McLaren, Porsche dan Ferrari. Terdapat juga beberapa model Lamborghini seperti Murcielago SV, Aventador SV, dan Aventador SVJ.

supercar hong kong

Beberapa laporan media tempatan turut menyebut salah sebuah daripada Nissan GT-R telah ditunda akibat modifikasi yang tidak mengikut peraturan, dan sembilan notis yang memerlukan kenderaan tersebut diperiksa semula sebelum dibenarkan dipandu atas jalan raya.

Sehingga hujung tahun lalu, laporan terhadap perlumbaan haram di Hong Kong meningkat sebanyak 40 peratus kepada 139 kes, berbanding 99 laporan yang dibuat sepanjang tempoh tahun 2019.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here