Peluang menang Mercedes GLA, kondominium dengan peraduan Petronas Pro-Race Fuel Contest

2109

Petronas telah melancarkan satu peraduan yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM800,000, antaranya unit di Kondominium Verdi dan sebuah Mercedes-Benz GLA50 AMG Line.

Peraduan itu ialah Petronas Primax 97 dengan Pro-Race Fuel Contest, dan ia berlangsung sepanjang bulan ini hingga 31 Mac 2021.



Caranya mudah sahaja, seperti berikut:

  • Muat turun aplikasi Setel
  • Guna Setel untuk isi sekurang-kurangnya RM40 petrol Petronas Primax 97 dengan Pro-Race baharu 3 kali sebulan
  • Semak pencapaian anda di ‘My Badges’ dalam aplikasi itu

Lebih banyak Badges yang diperoleh, lebih tinggi peluang anda untuk menang. Jika anda membuat transaksi melalui aplikasi Setel mempunyai penyertaan bonus tambahan.

Tetapi bagi anda yang tidak mempunyai aplikasi itu di telefon pintar, boleh sertai peraduan ini melalui app.setel.my.

Hadiah utamanya berupa satu unit Kondominium Verdi yang ditaja oleh UEM Sunrise Berhad bernilai kira-kira RM600,000. Hadiah pertama pula ialah Mercedes GLA250 AMG Line yang bernilai hampir RM300,000.

Selain itu, terdapat juga hadiah-hadiah bulanan berupa bekalan petrol selama setahun bernilai RM3,000 untuk tiga pemenang, e-baucar Setel bernilai RM100 untuk 100 pemenang, dan dua minyak pelincir Petronas Syntium 3000 5W-30 bernilai RM360 untuk 20 pemenang.

Petrol baharu ini dilancarkan pada Disember tahun lepas, dimana Primax 97 ini diformulasi untuk memberikan tiga manfaat utama iaitu kuasa, tindakbalas dan kecekapan bahan api.

Untuk maklumat lanjut mengenai Petronas Primax 97 baharu dan peraduan ini, layari www.mymesra.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here