Pergerakan dari Selangor, Kuala Lumpur ke Putrajaya masih tidak dibenarkan – Ismail Sabri

875

Pergerakan dari Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Putrajaya masih tidak dibenarkan.

pergerakan selangor kuala lumpur putrajaya tidak dibenarkan
gambar hiasan

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, larangan itu dibuat kerana Wilayah Persekutuan Putrajaya kini berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Seperti yang dilaksanakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 1.0, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon,” kata Ismail Sabri.



“Bagaimanapun, pergerakan dari Selangor dan Kuala Lumpur yang berstatus PKPB ke Putrajaya kini masih tidak dibenarkan bagi melindungi Putrajaya dari penularan Covid-19,” tambahnya.

Jelasnya, pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih memerlukan kebenaran polis kecuali bagi mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan.

Sementara pergerakan rentas antara Selangor ke Kuala Lumpur adalah dibenarkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here