Ferrari 812 Competizione jentera V12 yang lebih berkuasa dan agresif

1246

Ferrari telah memperkenalkan dua model yang diadaptasi dari 812 Superfast, iaitu 812 Competizione dan 812 Competizione Aperta.

Kedua-dua model ini adalah versi yang lebih berkuasa, hardcore, agresif dan penuh teknologi inovatif. Bezanya, Competizione ialah model hardtop, manakala Competizione Aperta model Targa yang boleh dibuka bumbungnya.



Ferrari 812 Competizione dan Aperta dipacu oleh enjin V12 6.5-liter yang terletak betul-betul di depan kabin, menjadikannya jentera front-mid engined.

Enjin naturally-aspirated ini mampu rev sehingga 9,500rpm, dan menjana 830hp dan 692Nm tork, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang menhantar kuasa ke roda belakang.

Prestasi pecutan ialah 0 ke 100km/j dalam hanya 2.85 saat, dan kelajuan maksima pada 340km/j.

Enjin ini juga lebih berkuasa dari 812 Superfast sebelumnya, hasil dari con-rod dan omboh lebih ringan, crankshaft yang diimbang semula, sistem kemasukan yang dirombak, dan pengagihan pada kepala siinder yang direka semula.

Satu perkara penting lagi ialah enjin ini menggunakan minyak Shell Helix 5W-40 yang lebih rendah kelikatannya, menjadikan aliran bendalir lebih mantap ke seluruh komponen.

Aerodinamik pastinya elemen penting juga untuk jentera pantas seperti Ferrari, dan mereka telah menggunakan segala pengetahuan dari F1 untuk 812 Competizione ini.

Antaranya adalah sistem penyejukan yang ditambahbaik dengan menggunakan gril tunggal besar di depan, ruang kemasukan udara gentian karbon di tepi gril, dan diffuser depan dengan sistem aerodinamik pasif.

Untuk mengawal semua kuasa dan prestasi yang ada, Ferrari 812 Competizione dan Aperta menampilkan beberapa teknologi inovatif baharu.

Jentera ini didatangkan dengan sistem stereng empat-roda dengan elektronik baharu Virtual Short Wheelbase, Side Slip Control 7.0, dan suspensi magnetorheological SCM-Frs.

Tayar pula adalah Michelin Cup 2 R yang membaluti rim titanium ringan. Selain itu, rim gentian karbon sepenuhnya juga ditawarkan buat kali pertama untuk Ferrari, dengan pengurangan berat sebanyak 3.5kg.

Dari segi rekabentuk luaran, Ferrari 812 Competizione mengutamakan aerodinamik terutamanya pada bahagian depan seperti splitter gentian karbon. Sementara itu, cermin belakang diganti dengan panel aluminium sepenuhnya.

Di dalam kokpit pula, Competizione membawakan rekaan dari 812 Superfast dengan beberapa pembaharuan seperti panel pintu lebih ringan dan suis gear dengan rekaan ala gated manual dari model klasik.

Kedua-dua model Ferrari 812 Competizione dan 812 Competizione Aperta didatangkan dengan jaminan tujuh tahun dengan penyelenggaraan setiap 20,000km.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here