Pelanggan di China boleh beli Rolls-Royce Phantom Tempus hanya melalui Wechat

1931

Sejak bermula pandemik Covid-19, kebanyakan individu semakin bergantung kepada transaksi tanpa tunai, khususnya pembayaran tanpa sentuhan yang boleh diakses melalui telefon pintar.

Rolls-Royce Phantom Tempus

Namun di China, konsep pembayaran ini digunakan secara ekstrim, dimana hanya dengan telefon pintar, seseorang mampu membuat bayaran penuh untuk sebuah kereta. 



Menurut sumber yang dekat dengan Rolls-Royce, baru-baru ini mereka difahamkan telah menjual beberapa buah kereta hanya dengan melalui aplikasi Wechat.

Rolls-Royce Phantom Tempus

Dengan aplikasi ini, seseorang individu mampu membeli salah satu daripada 20 unit Rolls-Royce Phantom Tempus yang dihasilkan.

Diperkenalkan pada Shanghai Auto Show pada bulan lepas, Tempus ialah Rolls-Royce Phantom versi limosin yang diubah suai dengan tema masa dan ruang.

Rolls-Royce Phantom Tempus

Ruangan bumbung pada bahagian dalam telah dinaik taraf dengan pencahayaan gentian optik, dan ruangan papan pemuka pula menampilkan 100 tiang berkontur yang diperbuat daripada aluminium.

Rolls-Royce Phantom Tempus dihiasi dengan warna istimewa iaitu Kairos Blue untuk memberi inspirasi tentang langit malam.

Rolls-Royce Phantom Tempus

Harga jentera ini bagaimanapun belum didedahkan, namun, ianya dijangka dijual pada harga USD750,000 (RM3.08 juta) hingga USD1 juta (RM4.1 juta).

Pengeluar dari United Kindom itu menyampaikan pelancaran Rolls-Royce Tempus kepada pelanggan terkemuka di China menggunakan aplikasi WeChat, dan menurut sumber lain, pelanggan tersebut bersetuju dan kemudian membeli kereta itu tanpa melihatnya terlebih dahulu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here