Utama Berita Automotif EV: Rolls-Royce buat U-turn, mahu terus kekalkan enjin V12

EV: Rolls-Royce buat U-turn, mahu terus kekalkan enjin V12

8

Rolls-Royce merupakan antara pengeluar yang komited untuk berubah menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuh masa menjelang tahun 2030. 

Namun begitu, disebabkan faktor seperti permintaan EV yang perlahan serta peraturan yang dilonggarkan ia memaksa pengeluar mewah Britain itu untuk menyemak semula perancangan asal tersebut. 

Dalam temu bual bersama The Times UK, CEO baharunya Chris Brownridge mendedahkan pihaknya akan terus menghasilkan enjin 12 silinder ikonik mereka untuk tempoh masa yang lebih lama. 

“Untuk setiap pelanggan yang sukakan EV, ada seorang yang mengatakan tidak.”

Namun beliau mengakui keputusan asal untuk beralih sepenuhnya kepada elektrik adalah “tepat pada waktu itu.”

Awal tahun ini, BMW Group turut mengesahkan perancangan untuk meneruskan pengeluaran enjin pembakaran dalaman, termasuklah nadi V12 Rolls-Royce

Enjin tersebut masih boleh memenuhi piawaian emisi Euro 7 dengan melakukan kemas kini terhadap komponen seperti sistem ekzos. 

Buat masa ini, Rolls-Royce tidak bercadang untuk menghentikan penawaran Spectre selaku EV pertama mereka. 

Biarpun permintaan awal untuk model tahun 2023 sangat kukuh, prestasi jualannya merosot sebanyak 47 peratus kepada 1,002 unit pada tahun 2025. 

Untuk perbandingan, angka tersebut masih lagi mengatasi jualan model Ghost sebanyak 993 unit. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here