Pernah terfikir berapa harga payung Rolls-Royce Phantom?

3239

Rolls-Royce Phantom antara model yang ditawarkan jenama mewah British itu dan uniknya setiap Rolls-Royce didatangkan dengan payung khas yang diselitkan pada pintu. 

Phantom keluaran tahun 2022 ditawarkan pada harga bermula AS460,000 (RM1.9 juta) dan tahukah anda payung Rolls Royce berkenaan tidak dijual di pasaran. 



Payung Rolls-Royce yang unik telah direka semula dengan warna yang menarik untuk model 2022, dilengkapi dengan pemegang yang berwarna perak,  dan diperincikan dengan simbol Rolls-Royce.

Bagi orang yang terbiasa dengan membeli payung yang berharga di bawah USD30 (RM120) mungkin kelihatan agak tinggi bagi payung Rolls-Royce tersebut yang berharga sekitar USD700 (RM2,936) sahaja.

Namun, ia bukanlah menjadi satu masalah bagi pemilik Rolls-Royce bagi harga payung tersebut kerena mereka mampu membayar harga kereta lebih RM 1.9 juta tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan harga payung di Rolls-Royce boleh mencecah dari USD760 (RM3,187) sehingga USD50,000 (RM209,725) bagi versi RR yang direka khusus untuk Rolls-Royce Phantom.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here