Skuter V100 kembali menjadi semakin popular di Malaysia

2800

Kini Suzuki V100 kembali menjadi semakin popular di Malaysia. Ianya merupakan satu trend apabila kelihatan harga skuter berjenama Suzuki tersebut telah menjadi semakin mahal dan diminati ramai di Malaysia. 

Gambar sumber: Gempak.com

Untuk pengetahuan, Suzuki juga pernah mencetuskan fenomena skuter modern di Malaysia dengan melancarkan skuter V100 2-lejang, dan diikuti dengan skuter VS125 Itik Serati.

Ramai peminat skuter sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengubah bentuk skuter mereka dengan menyembur cat, grafik yang menarik dan juga modifikasi sistem audio dan cover set rekaan sendiri.



V100 merupakan jentera retro 90-an iaitu antara skuter yang menggunakan teknologi yang kian pupus iaitu teknologi 2 lejang, seperti apa yang dibawa oleh model-model Suzuki yang lain antaranya RG-V serta Panther TXR.

Jentera ini meskipun ianya telah lama namun peminat peminat sejati mula mungumpul kembali jentera tersebut sehinggakan ada pemilik jentera tersebut memiliki lebih dari 10 biji jentera yang sama. 

Model V100 telah disenaraikan sebagai motosikal yang paling sukar diperolehi, harga ditawarkan bermula RM3,000 sehingga RM7,000 bagi yang lengkap dokumen dan masih digunakan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here