Lelaki ini hasilkan motosikal mini guna komponen Volkswagen Beetle

2054

Sebuah Volkswagen Beetle dileraikan untuk memberi laluan kepada penciptaan motosikal mini.

Individu di sebalik penciptaan motosikal kustom itu ialah Brent Walter. Walter mengambil komponen fender asal daripada Volkswagen Beetle Type 1 untuk menghasilkan dua motosikal mini retro dan menamakannya sebagai Volkspod.



Fender yang disambungkan pada frem kustom turut dipotong untuk memasukkan sebutir lampu depan berbentuk bulat dan belakang.

Motosikal mini berwarna hijau (birch green) ini menggunakan enjin berkapasiti 79cc manakala ada jentera berwarna biru (pastel blue) dikatakan dijana enjin 212cc.

Satu daripada perkongsian Walter di media sosial menyatakan enjin ini boleh menjana 6.5hp. Tiada maklumat mengenai kuasa torknya.

Frem itu turut dipasang fork memegang rim berukuran 13 inci dengan tayar bersaiz besar. Motosikal ini menggunakan rantai untuk menggerakkan spoket pada roda belakang.

Bar hendalnya agak lebar dan mirip basikal retro era 1990-an. Walter memasang tempat duduk tunggal seakan basikal pada Volkspod. Jentera mini ini nampaknya tiada sistem suspensi belakang, mujur penciptanya ada memasang brek.

Ramai pengguna media sosial menunjukkan minat dan sanggup berbelanja untuk memiliki Volkspod tetapi tiada pengesahan bahawa Walter ada rancangan untuk membina serta menjualnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here