Lewis Hamilton dah jual model ikonik Pagani Zonda 760LH

1855

Lewis Hamilton sudah melepaskan salah satu koleksi keretanya iaitu Pagani Zonda 760LH. Difahamkan hanya 24 unit varian ‘760’ dikeluarkan.

Bagaimanapun, Zonda 760LH yang dimiliki oleh Hamilton berbeza yang mana dibangunkan daripada awal dan bukannya varian sedia ada yang dinaiktaraf menjadi 760.



Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) itu memiliki hypercar berkenaan selama tujuh tahun dan menyimpannya di Monaco, Perancis. Difahamkan jentera yang diimport ke United Kingdom itu hanya memiliki perbatuan kurang daripada 1000km.

Hamilton dilihat beberapa kali memandu hypercar berkenaan di Monaco dan pada 2015 pelumba F1 itu pernah terlibat dalam kemalangan kelajuan rendah namun kerosakan pada jentera sudahpun dibaiki. 

Difahamkan, Hamilton membayar sekitar AS1.5 juta (RM 6.31 juta) untuk memiliki jentera Pagani Zonda kustom terbabit pada 2014. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini harga jentera tersebut meroket malah kemungkinan besar dijual berikutan premium tinggi.

Pagani Zonda 760 LH mendapat khidmat enjin AMG V12 7.3 liter yang menghasilkan kuasa 750hp dan tork 780Nm dan dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Pagani Zonda Registry (@thezondaregistry)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here