Utama Berita Automotif Tunggang motor acah Superman di Kedah, ditahan di Perak

Tunggang motor acah Superman di Kedah, ditahan di Perak

2208

Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal aksi “Superman” mengundang padah apabila gelagatnya dirakam pengguna lebuh raya dan tular baru-baru ini.

Difahamkan pihak polis bertindak selepas menerima video berdurasi 41 saat tersebut, dipercayai kejadian berlaku di Kilometer 46 Lebuh Raya Utara- Selatan arah selatan dalam daerah Kota Setar, Kedah.



Ekoran itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan siasatan. Bagaimanapun penunggang motosikal berusia 19 tahun itu ditahan di Ipoh, Perak.

“Dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Lelaki berusia 19 tahun berjaya ditahan jam 6 petang pada hari sama.
 
“Lelaki itu kemudiannya dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut.
 
“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia bebas dari pengaruh dadah.
 
“Penunggang motosikal itu direman empat hari bermula semalam sehingga 28 Disember ini untuk membantu siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.
 
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here