Helikopter terhempas di Lautan Hindi, Menteri Madagascar berenang 12 jam ke darat

1841

Seorang pegawai kerajaan Malagasi berenang selama 12 jam ke darat selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Lautan Hindi.

Serge Gelle, yang merupakan Menteri Polis Madagascar itu dikatakan dalam satu misi keselamatan bersama tiga lagi anggota penguatkuasa lain. 



Kejadian tersebut berlaku ketika helikopter berkenaan melakukan tinjauan di bahagian timur laut Madagascar yang mana sebuah bot penumpang karam dan mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.

Difahamkan Gelle hanya menggunakan tempat duduk juruterbang untuk kekal terapung di laut dan berenang pada jam 7.30 malam sehingga 7.30 pagi.

Kemudian, dia ditemui seorang nelayan kira-kira 150 meter dari pantai Mahambo, di timur laut negara itu.

Difahamkan dua pegawai keselamatan yang bersama Gelle dalam misi itu juga turut terselamat. Bagaimanapun, punca pesawat tersebut terhempas tidak diketahui.

“Belum masanya untuk saya mati, saya sihat cuma hanya kesejukan” katanya dalam keadaan keletihan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here