Tular video konvoi VIP tak beri laluan pada ambulans, ini penjelasan polis…

1702

Selepas tular video konvoi orang kenamaan (VIP) semalam yang tidak memberi laluan kepada ambulans di Hulu Langat, rata-rata netizen berasa terkejut dan mempersoalkan situasi tersebut. 

Namun, pihak polis tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut yang mengakui konvoi VIP yang tular melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama rombongan kereta untuk mengunjungi kawasan banjir.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPT), Supritendan Azman Shari’at mengesahkan video tersebut dan mengatakan penilaian awal telah dibuat sebelum menghentikan kenderaan tersebut dalam tempoh yang singkat.

Tindakan yang dibuat oleh anggota trafik dalam situasi tersebut adalah untuk mengurangkan risiko kemalangan dan tindakan itu diambil mengikut Kaedah Lalu Lintas No 9 LN 166/959 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Malah, semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti membawa pesakit. Selain itu, keutamaan diberikan kepada konvoi di jalan utama bagi menghindari risiko kemalangan dan laluan diberikan kepada ambulans selepas konvoi selesai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here