Bekas ratu cantik tukar kerja jadi pemandu lori HGV, gaji lumayan RM283k

1290

Seorang wanita yang juga finalis pertandingan ratu cantik, Miss England menukar haluan kerjaya apabila menyertai latihan sebagai pemandu kenderaan barangan berat (HGV).

Menurut Milly Everatt, 22 tahun yang pernah dinobatkan sebagai Miss Lincoln pada tahun 2018, berkata memandu trak adalah cita-cita lama dan dia pernah memandu traktor di ladang keluarganya.



Namun, dia mula belajar memandu kenderaan seberat 44 tan itu selepas kombinasi wabak Covid-19 dan krisis kekurangan pemandu HGV di United Kingdom (UK) mendorongnya untuk memohon lesen HGV.

Tambahan pula, pekerjaan tersebut menawarkan gaji lumayan sehingga £50,000 (RM283,370).

Bagaimanapun, sejak mengumumkan hasratnya untuk memandu trak, dia menerima pelbagai komen dan kritikan dari orang ramai, namun dia tidak peduli untuk dengan menghabiskan masa 14 jam sehari di atas jalan raya.

“Saya fikir kita berada di zaman moden dan tiada apa yang boleh menghalang gadis seperti saya terlibat dalam dunia yang didominasi lelaki.

“Saya mahu membuktikan bukan hanya lelaki berusia 40-an yang mampu melakukan kerja ini dan jika ia memberi inspirasi kepada wanita lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Everatt.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here