
Pihak polis di Braunstone Town, dekat Leicester, England berjaya menemukan sebuah motosikal curi yang disembunyikan dalam bilik tidur pencuri dengan bantuan Apple AirTag.
Komponen penjejak objek keluaran syarikat iPhone itu berjaya disorokkan dengan baik pada bahagian bawah pelana tanpa dikesan oleh pencuri.
Ini mungkin satu solusi yang baik buat golongan pemilik motosikal di sana, namun begitu ia tidak diseimbangkan dengan hukuman yang setimpal.
Menurut laporan RideApart, pencuri yang dikenali sebagai Bell, 35 tahun dijatuhkan hukuman menjalankan khidmat komuniti selama 12 bulan serta 80 jam kerja tanpa gaji.
Bell juga diarahkan untuk membayar sebanyak £85 (RM481) untuk kos mahkamah dan £114 (RM645) kepada mangsa.
Melihatkan kepada hukuman yang tidak setimpal itu, tidak menghairankan apabila kes kecurian motosikal semakin menjadi-jadi di sana.