Pemilik kereta Colorado bakal guna nombor plat digital, boleh kesan parkir dan kecurian

1207

Pemilik kenderaan di Colorado, Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan nombor pendaftaran digital yang didatangkan dengan pelbagai ciri tambahan.

Rang undang-undang itu baru sahaja diluluskan di Dewan Perwakilan Colorado yang mana pengguna dan pemilik mendapat beberapa manfaat berbanding plat biasa aluminium.



Dalam situasi tertentu, ia boleh digunakan untuk memaparkan mesej penting. Sekiranya kenderaan dengan plat digital dicuri, plat itu sendiri boleh memaparkan perkataan ‘Dicuri’ untuk memaklumkan pihak berkuasa.

Ia juga boleh digunakan untuk memaparkan makluman lain. Namun, tidak boleh digunakan sebagai iklan. Di samping itu, nombor plat digital berkenaan juga membolehkan pemilik mengesan kenderaan dari jauh melalui telefon bimbit.

Difahamkan nombor pendaftaran kenderaan itu boleh didapati pada harga serendah AS899 (RM3,768) dan akan dikenakan caj bulanan ke atas cukai jalan selepas tahun pertama itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here