Rasuah lebuhraya : 12km jalan tar ‘ditukar’ dengan RM1.9 juta

757

Kes rasuah lebuhraya di Indonesia ini cukup luar biasa yang mana setiap meter jalan tar mengikut ketebalan sampul surat bukannya kiraan panjang.

Pembinaan tar mungkin baru separuh jalan, tetapi wang sudah lebih dahulu sampai ke destinasi.

Keadaan ini berlaku dalam kes rasuah pembinaan lebuh raya Lampung bahagian Terbanggi Besar-Pematang Panggang-Kayu Agung (Terpeka) antara 2017-2019.

Dalam kes yang disiasat oleh Kejaksaan Tinggi (Kejati) Lampung, pembinaan yang diselewengkan adalah sepanjang 12km bermula daripada KM100+200 hingga KM112+200.

Ketua Seksyen Penyiasat (Kasidik) Kejati Lampung, Masagus Rudy berkata tiga orang telah menjadi suspek.

Ketiga-tiganya ialah Ketua Bahagian 5 PT Waskita Karya, juruwang Bahagian 5 dan Ketua Bahagian Perakaunan Bahagian 5.

“Kerugian negara mencapai IDR 66 bilion (RM16 juta),” katanya.

7 Longgokan Wang Berjumlah IDR 7.42 Bilion

Rudy menambah, salah seorang suspek, iaitu Ketua Bahagian Perakaunan Bahagian 5 telah mengembalikan wang hasil rasuah tersebut sebanyak IDR 7.42 bilion (RM1.9 juta).

“Suspek mengembalikan wang yang dinikmatinya hari ini (pada Selasa) berjumlah Rp 7.42 bilion,” katanya.

Wang sebanyak tujuh longgokan itu dipamerkan semasa penyerahan semula di Bangunan Pidsus Kejati Lampung, pada Selasa.

Kerugian Negara Dikembalikan

Rudy berkata, wang tersebut ditempatkan di Akaun Penerimaan Lain (RPL) 017 Kejati Lampung di Bank BSI. Jumlah keseluruhan pengembalian wang kerugian negara yang telah dilakukan oleh para suspek ini mencapai IDR 11.14 bilion (RM2.8 juta).

Rasuah itu dilakukan dengan modus memanipulasi laporan akauntabiliti (LPJ) kerja pembinaan lebuh raya Lampung bahagian Terbanggi Besar-Pematang Panggang-Kayu Agung (Terpeka) pada 2017-2019.

“Nilai kontrak kerja ini adalah IDR 1.2 trilion (RM304 juta) dengan subjek projek pembinaan lebuh raya Terbanggi Besar-Pematang Panggang sepanjang 12km dari KM100+200 hingga KM112+200,” katanya.

Kerja itu dilakukan selama 24 bulan dari 5 April 2017 hingga 8 November 2019, dengan tempoh Penyelenggaraan (FHO) selama tiga tahun.

“Terdapat penyelewengan peruntukan kerja dengan membuat akauntabiliti kewangan fiktif,” katanya.

ARTIKEL LAIN

Lelaki ini kongsi, Belanda tiada tol tapi perlu bayar cukai jalan per bulan bahkan harga minyak sekali cukai

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here