Lelaki ini kongsi, Belanda tiada tol tapi perlu bayar cukai jalan per bulan bahkan harga minyak sekali cukai

7989

Setiap negara mempunyai undang-undang penguatkuasaan yang berbeza. Jalan raya di Belanda paling padat di dunia sehinggakan kerajaan perkenalkan undang-undang jalan raya yang pelik serta memiliki sistem cukai yang rumit.

Ia juga disebabkan sumber pendapatan utama kerajaan adalah cukai. Sepertimana satu perkongsian akaun Twitter @ZZulkifli ini yang mengatakan pengguna jalan raya tidak dikenakan bayaran tol tetapi pemilik kereta perlu membayar cukai jalan sekitar €100 (RM473.12) setiap bulan.



Bagaimanapun harga berkenaan bergantung kepada jenis kereta sama ada kenderaan elektrik (EV), diesel atau petrol serta berat kenderaan.

Menurutnya kos insurans kereta juga menawarkan pelbagai jenis pelan yang mengikut kepada jenis perlindungan. Bagi first party atau dinamakan insurans komprehensif bayaran adalah sekitar €20 (RM 142.07)  hingga €100 (RM473.58) setiap bulan.

Selain itu, dikatakan kos parkir kenderaan juga terlalu mahal khususnya di bandar utama seperti Amsterdam boleh mencecah €100 (RM852.44) untuk sehari, sehinggakan kebanyakan syarikat membenarkan pekerja mereka untuk bekerja di rumah.

Zayed juga menjelaskan walaupun gaji minimum di Belanda sekitar €1,600 (RM7577.28), rakyat masih perlu membayar harga minyak dengan cukai bahkan tiket kereta api juga agak mahal dan perkhidmatan bas yang terhad.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here