113 tandas stesen minyak Petron dapat penarafan 5 bintang

1934

“Tandas Kita Bersih” Petron berada di landasan yang tepat bagi mencapai misinya untuk mengekalkan tandas yang bersih dan berfungsi apabila 113 stesen minyak Petron dari lapan negeri – Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Perak, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan – menerima penarafan lima bintang daripada majlis tempatan negeri.

Petron Malaysia memulakan kempen tandas bersih di bawah program Fuel Happy untuk memastikan semua stesen minyaknya bersih, kering dan beroperasi. Petron melancarkan program “Tandas Kita Bersih” pada 2018 dengan slogan “Jom Singgah Petron.”



Program “Tandas Kita Bersih” telah berkembang daripada sebuah kempen kepada menjadi satu sistem lengkap yang menetapkan piawaian dan garis panduan untuk semua stesen Petron. Program ini dibangunkan melalui rundingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron, Choong Kum Choy berkata, penilaian itu mengiktiraf komitmen pihaknya terhadap kecemerlangan perkhidmatan pelanggan.

“Keperluan dan jangkaan pelanggan adalah penting dan kami mahu mereka mendapat pengalaman positif setiap kali mereka berada di stesen minyak Petron. Matlamat kami adalah untuk menjadikan stesen kami hentian pit pilihan orang ramai,” katanya.

Stesen minyak Petron telah mengambil bahagian secara aktif dalam anugerah berprestij kebangsaan bagi tandas bersih di bawah KPKT.

Sepanjang beberapa tahun, beberapa stesen minyak termasuk Petron Batu Burok, Terengganu, Petron Tongkang Pecah, Johor, dan Petron Senawang 2, Negeri Sembilan telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Tandas Terbaik Kebangsaan di bawah kategori Stesen Minyak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here