Petron Malaysia rai ulang tahun ke-10, kini mempunyai 200 stesen minyak

695

Petron Malaysia menyambut ulang tahun syarikat yang ke-10 pada 2 April 2022 menandakan satu dekad ia sudah bertapak di negara ini.

Syarikat itu berkembang pesat dengan kini mempunyai 200 stesen minyak, dengan Petron MRR2 Selayang, Selangor adalah yang pertama dibuka oleh Petron Malaysia pada 2014.

Pengerusi Petron Malaysia, Ramon S Ang berkata, bermula dengan permulaan yang sederhana, pihaknya dapat berbangga dengan prestasi Petron Malaysia kini sebagai satu syarikat minyak terkemuka negara.



“Sejak hari pertama, Petron Malaysia kekal komited dalam mengambil peluang baharu, bercita-cita ke arah kecemerlangan dan berjaya menempuhi cabaran-cabaran terkini bersama-sama,” katanya.

DCIM100MEDIADJI_0184.JPG

Kilang penapis 

Sebagai sebahagian daripada kemampanan ekonomi, Petron Malaysia menyempurnakan dua pelaburan terbesar di Kilang Penapisan Port Dickson pada 2021. 

Unit Diesel Hydrotreater kini menghasilkan diesel dengan kandungan Sulfur yang lebih rendah memenuhi spesifikasi Euro 5, manakala Kemudahan Import Marin 2 memenuhi keperluan kapal yang lebih besar seterusnya mengurangkan kekerapan import.

Kedua-dua projek ini menyumbang kepada pengurangan jejak karbon Petron selaras dengan falsafah syarikat ‘Lindungi alam sekitar kita hari ini untuk hari esok yang lebih baik‘.

Petron juga mempunyai kilang metil ester sawit dengan kemudahan pengeluaran biodiesel untuk memastikan bekalan diesel yang lebih bersih untuk negara tanpa terganggu. 

Kilang PME Lumut baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Naib Johan dalam Anugerah Tenaga Negara di bawah kategori Tenaga Boleh Diperbaharui – Biofuel.

Sambutan TENtu Happy di stesen minyak Petron

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan rakan kongsi kami, Petron melancarkan sambutan TENtu Happy di stesen minyak Petron di seluruh negara pada 2 April 2022 dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Hari Penghargaan Pelanggan juga akan diadakan di stesen minyak terpilih untuk sepanjang tahun 2022. Layari Facebook dan Instagram rasmi Petron Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here