Tersalah tekan pedal, Tesla Model 3 mendarat atas ambulans

860

Seorang pemandu Tesla Model 3 hilang kawalan selepas terpijak pedal minyak dan bukannya brek ketika meletakkan kenderaan itu di atas ibu pejabat perkhidmatan ambulans.

Tindakan luar kawalan itu menyebabkan kereta mangsa merempuh pagar parkir lalu mendarat di atas sebuah ambulans di San Diego.



Kedudukan Tesla berkenaan tidak seimbang yang mana belakangnya tersekat pada tembok parkir dan bahagian depan mendarat di belakang bumbung ambulans. 

Insiden yang berlaku jam 9.40 pagi (30 Mac) itu menyebabkan tiga orang penumpang Tesla Model 3 mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital berdekatan.

Tesla Model 3 tersebut tidak mengalami kerosakan teruk, namun pihak bomba perlu mengenal pasti cara yang bersesuaian untuk mengeluarkan kereta tersebut dari tempat kejadian.

Pihak berkuasa tidak mahu menjatuhkan kereta yang berpotensi menyebabkan kebakaran selain meminimumkan sebarang kerosakan lebih teruk pada kedua-dua kenderaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here