Selepas jaringan hatrik, Ronaldo pandu Aston Martin ke pusat latihan

1391

Cristiano Ronaldo yang menjaringkan hatrik dianggap ‘spektakular’ untuk membantu Manchester United kembali menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas kemenangan tersebut, dia dilihat hadir ke pusat latihan di Carrington memandu sebuah supercar sebagai persiapan perlawanan penting melawan Atletico Madrid.



Kereta Aston Martin yang dipandunya itu dianggarkan sekitar pound sterling 200k (RM1 juta).

Sepertimana diketahui, sejak Ronaldo berpindah ke England dia sudah menambah beberapa koleksi kereta baharu seperti Bentley Flying Spur dan SUV Cadillac Escalade lapan kerusi.

Selain itu, jaringan hatrik pada perlawanan tersebut mencipta sejarah bagi Ronaldo apabila dia menjadi sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang masa FIFA .

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here