Kes Proton Wira kena rembat semakin rancak, ini sebab jadi buruan…

2469

Sejak kebelakangan ini kecoh berita tentang model panas Proton Wira yang menjadi sasaran pencuri dan isu berkenaan bukanlah baru.

Keadaan itu membuatkan pemilik perlu mengambil langkah keselamatan tambahan kerana kenderaan mereka memiliki permintaan yang tinggi terhadap alat ganti, komponen dan aksesori terpakai di pasaran. 



Minggu lalu tular di media sosial pemilik sedan nasional itu berputih mata apabila keretanya dirembat di PPR Batu Muda , Jalan Ipoh dan hanya tinggal rangka ketika ditemui di Kampung Tandak.

Perkongsian video di akaun TikTok dan Facebook itu menunjukkan blok enjin, tempat duduk, tayar dan komponen-komponen lain dileraikan satu persatu. Hilang di Kuala Lumpur ditemui di Terengganu dalam keadaan menyedihkan.

Sementara, semalam seorang pemilik kehilangan Wira miliknya bagaimanapun kuasa tular membantu dia menemui kenderaannya dalam kadar segera sebelum sempat dileraikan. 

Proton Wira kekal menduduki carta teratas kenderaan paling banyak dicuri sejak 2015.  Negeri paling tinggi menjadi tumpuan pencuri adalah Selangor diikuti Kuala Lumpur.  

Berikut statistik jumlah kecurian Proton Wira sejak 2015 yang dikeluarkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC). 

  • 1,214 unit (2015)
  • 854 unit (2016)
  • 712 unit (2017)
  • 534 unit (2018) 
  • 564 unit (2019)
  • 353 unit (2020)

MENGAPA WIRA JADI SASARAN?

Pengeluaran Proton Wira dihentikan sejak 2009 sekaligus menjadi sasaran pencuri kerana alat ganti asli sukar didapati dan mahal. 
 
Sebagai model rebadge Mitsubishi Lan­cer, model lama Proton itu tahan lasak yang meningkatkan nilai komponen. 
 
Difahamkan enjin 1.3 dan 1.5 liter boleh mencecah hingga RM3,000. Konsepnya jika tiada permintaan tidak akan berlaku kes kecurian yang tinggi.
 
Gambar hiasan
Namun begitu, berdasarkan statistik (rujuk di atas) bilangan kes kecurian semakin menurun setiap tahun terutama pada dua tahun lalu kerana pandemik. 
 
Bahkan, Februari lalu, pihak polis berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan dalam Ops Lejang Wira. 
 
Menurut Sinar Harian, modus operandi pencuri adalah meleraikan komponen untuk dijual kepada individu yang berminat dan pemilik kedai alat ganti kenderaan yang dikenali sekitar kawasan Gombak, Selangor.
 
Gambar hiasan
Sementara komponen seperti bateri dijual di kedai barangan lusuh atau kepada kawan yang memiliki bengkel. 
 

Kepada pemilik Wira, ada baiknya mengambil inisiatif tertentu seperti memasang peranti GPS sebagai langkah mengatasi kecurian ini dan dapat menjejaki kenderaan anda.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here