Subaru tamatkan pengeluaran model WRX STI, turut berkubur seperti Mitsubishi EVO

1840

Berita ini pastinya akan mengecewakan bagi peminat kenderaan berprestasi dengan Subaru mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menawarkan model WRX STI dalam barisan produknya.

Jadi bagi yang menunggu kehadiran Subaru WRX STI generasi baharu, lebih baik tunggu model lain kerana mereka tidak akan tawar buat masa ini. 



Pengumuman yang mengejutkan itu, Subaru memaklumkan bahawa STI tidak akan kembali dengan WRX baharu. Cuma pengeluar kenderaan Jepun itu memaklumkan bahawa mereka akan menawarkan generasi baharu Subaru WRX STI dalam bentuk kereta elektrik.

Ini kerana masa depan mobiliti lebih ke arah jentera elektrik, berbanding penggunaan enjin pembakaran konvensional sudah tidak lagi releven pada masa hadapan.

Pengarah Komunikasi Korporat Subaru Dominick Infante berkata, sekiranya pihaknya menawarkan model baharu STI, ia akan hanya bertahan untuk tempoh masa yang sangat singkat.

“Perubahan peraturan yang terlalu pantas menjadikan usaha untuk menawarkan model STI adalah tidak masuk akal,” katanya baru-baru ini.

Sebenarnya, pengumuman untuk menamatkan pengeluaran WRX STI itu sangat terasa berat buat peminat kereta berprestasi di seluruh dunia. 

Untuk makluman, model WRX STI buat kali pertama muncul pada 1994 yang mana jentera itu memiliki 247hp dan pada masa turut naik podium pada kejuaraan rali dunia. 

Sudah pasti korang kena, kereta biru kuning dengan tulisan 555 kan! Sayangnya, kereta lejen ini turut berkubur seperti Mitsubishi EVO. 

Kenderaan terakhir yang keluarkan Subaru untuk kereta berpretasi adalah STI 209 pada tahun 2019. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here